“Apa Dah Jadi Dengan Harga Bawah RM6..” – Netizen Berang Harga ‘Self-Test’ Makin Mahal

Kehidupan

“Apa Dah Jadi Dengan Harga Bawah RM6..” – Netizen Berang Harga ‘Self-Test’ Makin Mahal

Sedia maklum, sejak tahun lalu rakyat sudah boleh mendapatkan self-test kit COVID-19 di kedai runcit ataupun farmasi berdekatan dengan harga yang mampu milik dan tidak perlu pergi ke hospital untuk membuat ujian saringan.

Bagaimanapun, semalam tular di platform Twitter dimana netizen berasa tidak puas hati kerana harga self-test kit sudah semakin naik dan bukannya harga mampu milik lagi.

Advertisement

Gadis tersebut mempersoalkan kenapa harga sekotak sudah tidak lagi dalam lingkungan RM4 hingga RM6, tetapi setiap farmasi yang dikunjungi semuanya berharga RM8 ke atas.

Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu yang berlaku dan mempersoalkan bagaimana untuk dirinya melakukan ujian tersebut sebanyak tiga kali sehari jika harga sekotak sudah semahal itu.

komen twitterSumber : Twitter  

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai juga yang menghadapi situasi dimana sepatutnya harga sekotak jenama test kit tersebut hanya RM4.90 tetapi dibeli dengan harga RM10 sekotak.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan tidak semua tempat mengalami isu terbabit dan terpulang dekat jenama yang hendak dibeli, lebih-lebih lagi jika membeli di farmasi.

Harap kerajaan mengambil tindakan ke atas farmasi dan kedai runcit yang menaikkan harga ini.

Janna Nick
2 years ago

"Makin Berani Eh.." - Muat Naik Video Mandi Dalam Tab Mandi, Janna Nick Undang Kecaman Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...