Salah seorang peserta program hiburan All Together Now Malaysia musim ke-2 didakwa berkelakuan biadab ketika melakukan persembahan di pentas itu.
Video wanita yang dilihat ‘menjawab’ soalan juri Catriona Ross dengan gaya biadap dan kurang ajar itu kemudiannya menjadi tular di media sosial.
Gara-gara respon tidak menyenangkan daripada wanita itu, Catriona kemudian menasihati peserta itu agar tidak berkelakuan seperti ‘diva’ dan sombong.
Cara jawab takde adab…. ???#Budak16Tahun #AllTogetherNowMY2#FearTolakTepi pic.twitter.com/QbZxYmIIos
— Lan636 (@shazlan_80) December 18, 2022
Malah, bukan Catriona saja yang ‘terkesima’ dengan respon wanita itu, malah ketua juri Datuk Shafinaz dan komposer terkenal Ajai juga berasa terpanggil untuk memberi nasihat.
Nasihat Catriona, Ika (peserta) sepatutnya lebih menjaga tingkah laku dan tutur kata kerana apa yang dikeluarkan daripada mulut melambangkan diri kita yang sebenar.
Pelakon yang lebih mesra disapa sebagai Kak Kek itu juga berharap agar wanita itu lebih mempunyai sifat merendah diri selalu.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, ramai tampil memberikan respon yang sama dan rata-ratanya menganggap kebanyakan golongan muda zaman ini kurang adab dan lebih ‘outspoken’ berbanding golongan terdahulu.
Budak sekarang acah terpaling savage. Kadang dengan orang lebih tua daripada diorang pun kena maki hamun.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.