(VIDEO) “Jenis Confident Tinggi” – Persembahan Sumbang Di ATNM2, Kumpulan CEN2RY Jadi Bualan Netizen

Kehidupan

(VIDEO) “Jenis Confident Tinggi” – Persembahan Sumbang Di ATNM2, Kumpulan CEN2RY Jadi Bualan Netizen

Satu perkongsian daripada individu ini di Twitter telah mengundang pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya mengkritik persembahan daripada salah satu peserta program All Together Now Malaysia 2.

Dalam hantaran tersebut, kumpulan Cen2ry yang terdiri daripada 4 orang peserta telah menyampaikan lagu Equal Monster dan hanya memperoleh 2 ‘vote’ daripada 50 juri!

Advertisement

Hantaran itu kemudiannya menjadi tular gara-gara persembahan yang dikatakan ‘syok sendiri’ oleh netizen.

Kata netizen, ada bakat terpendam yang harus ‘dipendam’ saja untuk selama-lamanya.

Tulis warga maya lagi, persembahan teruk seperti itu sepatutnya tidak perlu disokong tambahan daripada ahli keluarga dan teman rapat.

Benda-benda macam ni salahkan family dengan kawan-kawan yang support diorang je. Tone deaf sangat. Mungkin delusional keterlaluan.

Jenis-jenis ni memang confident diorang mencanak. Kau cakap la apa pun.

Sekadar info, All Together Now Malaysia musim ke-2 kini kembali bermula 11 Disember yang bersiaran jam 9 malam di saluran Astro Ria.

Menggunapakai sistem penjurian kalah mati, 20 peserta yang bertanding pada setiap episod akan diadili oleh 50 juri yang mewakili 2 markah. Dua peserta yang mendapat markah tertinggi pada setiap episod akan dibawa ke ATNMY 2 Final.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Sheila Rusly
1 year ago

“Timun Potong Tak Sama” - Sheila Rusly Kongsi Berita Gembira Tunai Umrah Lagi, Netizen Komen Perli Pula?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...