Isu Elly Mazlein menarik diri sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan. Elly akui sudah tekad untuk tidak kembali ke Gegar Vaganza 3 meskipun diserap masuk semula.
Malah, ruangan komen di Instagram Datuk Ramli MS ataupun dikenali sebagai Tok Ram masih lagi penuh dengan luahan tidak puas hati netizen terhadap komen “belas ehsan” yang membuatkan hati Elly terguris.
Namun, ada juga yang tertanya-tanya apakah yang sebenarnya berlaku selepas Elly habis membuat persembahan bersama Acong Sweetchild.
Berikut kami sertakan video persembahan Elly Mazlein serta komen Tok Ram :-
Nyanyian terakhir Elly Mazlein di Gegar Vaganza 3. Kurang berseri lah GV tanpa Elly. Tak sanggup rasanya aku berjauhan darimu Elly. ehhh
#EllyMazlein
#GegarVaganza3
#KepalaBergetarPosted by Kerengga Berirama on Sunday, November 6, 2016
Daripada video di atas, nampak jelas raut wajah Elly Mazlein terus berubah apabila Tok Ram memberikan komen yang cukup kontroversi itu.