Elly Mazlein Tidak Akan Kembali Ke Gegar Vaganza 3

Hiburan

Elly Mazlein Tidak Akan Kembali Ke Gegar Vaganza 3

Penyanyi Elly Mazlein menegaskan beliau  nekad tidak akan kembali beraksi di pentas Gegar Vaganza 3 meskipun diserap masuk semula menggunakan kuasa imuniti yang menjadi milik Datuk Seri Vida.

Advertisement

Menurut Elly beliau sudah redha dengan apa yang berlaku dan mempercayai masih ada rezeki lain buat beliau diluar sana.

Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja.

Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.  Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini.

Keputusan Elly menarik diri memeranjatkan netizen apatah lagi ia disebabkan komen pedas Datuk Ramli MS yang seakan menunjukkan Elly bertahan  di GV3 atas belas ehsan pihak Astro.

Apa yang membuatkan Elly sediah ialah semua perkara itu berlaku saat bapa beliau yang tercinta hadir untuk menyaksikan persembahan Elly buat pertama kali di GV3.

Sebenarnya, ini lumrah kehidupan. Akan ada pelbagai onak dan duri untuk kita tempuhi demi kerjaya apatah lagi jika berada didalam industri hiburan tempatan. Mungkin Datuk Ramli MS ada khilafnya dalam memberikan komen tetapi Elly juga seharusnya kekal tabah dan menjadikan komen itu sebagai pembakar semangat.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...