Pensohor media sosial yang terkenal dengan video ASMR makanan di Instagram, Hisham Raus khabarnya mencetuskan fenomena apabila satu perkongsian mengenai campuran air bikarbonat dan teh uncang telah berjaya meraih perhatian sehingga ke luar negara.
Menurut Hisham, video itu telah menerima lebih 32 juta tontonan di Instagram dan TikTok.
Berikutan itu, lelaki itu meluahkan rasa gembira dan menganggap video kali ini sebagai ‘luar biasa’ selain teruja apabila netizen luar negara turut mencuba resipi airnya itu.
Ujarnya lagi, dia menggunakan kaedah suntingan ‘fast cut’ dan turut digelar ‘Bayashi Malaysia’. Kalau anda nak tahu, Bayashi adalah seorang pempengaruh TikTok Jepun yang terkenal dengan video resipi mudah dan menggunakan teknik suntingan yang sama.
Mengimbas kembali, Hisham sebenarnya telah memulakan kandungan makanan dan minuman sejak tahun 2018 namun terhenti seketika dek kecaman warga maya.
Dulu orang siap mengata ‘makan macam b*bi!” kerana bunyi SMR, dan macam-macma lagi orang hina. Saya sedih sehingga mengalirkan air mata. Penat buat video, orang dengan mudahnya mengecam tanpa belas kasihan.
Saya anggap haters akan buatkan kita jadi lebih baik. Tanpa mereka, video kita belum cukup baik. Alhamdulillah, sekarang ini, yang pernah jadi haters kini pengikut setia saya.
Sekadar info, selain gemar membuat kandungan video ASMR, Hisham Raus juga mempunyai restorannya sendiri yang dikenali sebagai Hisham Raus Restauran yang bertempat di Bukit Mahkota Bangi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.