“Maki Saya Kenapa?” – Sudahlah 3 Tahun Tak Bayar Sewa, Individu Berhasrat Nak Jual Rumah Sewa Alasan Tuan Rumah ‘Hilang’

Kehidupan

“Maki Saya Kenapa?” – Sudahlah 3 Tahun Tak Bayar Sewa, Individu Berhasrat Nak Jual Rumah Sewa Alasan Tuan Rumah ‘Hilang’

Satu perkongsian Facebook oleh seorang individu menjadi tular semalam apabila dia ada berkongsi hasrat untuk menjual rumah yang disewanya dengan alasan sudah menetap terlalu lama dan pemilik rumah sudah lama tidak munculkan diri.

Difahamkan, individu itu kini sedang menyewa di Rawang dan bertanyakan netizen tentang cara-cara untuk menjual rumah.

Advertisement
FacebookSumber : Facebook  

Macam mana prosedur nak jual rumah ni ya? Boleh ke penyewa dapat bahagian kalau lepas jual rumah ni sebab dah lama saya sewa rumah ni. Dari belum ada anak sampai anak dah kahwin

Jelas individu itu lagi, pemilik rumah sewa itu sudah lama ‘menghilang’ dan rumah tersebut mempunyai banyak kerosakan.

Malah, individu itu sudah lama tidak membayar sewa rumah sejak tahun 2021.

Last bayar sewa 2021 sebab dia takde muncul. Jadi duduk free sampai sekarang. Tu saya tanya macam mana prosedur jual atau boleh saya sewa balik pada orang sebab owner dah takde dah/hilang.

Perkongsian individu itu ternyata telah menimbulkan pelbagai respon dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya meluahkan rasa marah dan menganggap individu itu cuba mengambil hak orang lain.

Bahaya perangai tukang post macam ni. Kau punya nak hak orang mengalahkan Israel punya perangai. Hidup tak berkat ni tak lama nanti pasti datang satu persatu malapetaka dalam keluarga kau.

Individu itu dilihat meluahkan rasa kesal kerana netizen tidak membantunya untuk mendapatkan jawapan terhadap soalannya.

FacebookSumber : Facebook  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aisar khaled
9 months ago

"Rezeki Ku Kongsi Pada Semua" - 'Influencer' Sambut Hari Jadi, Baling Kupon Macam Bagi Ayam Makan Dedak Dari Atas Kren

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...