(VIDEO) Pergi KK Nak ‘Check’ Sakit Tapi Doktor Layan ‘Nak Taknak’, Anggap Hanya Nak MC

Hiburan

(VIDEO) Pergi KK Nak ‘Check’ Sakit Tapi Doktor Layan ‘Nak Taknak’, Anggap Hanya Nak MC

Tular di media sosial TikTok semalam apabila seorang wanita meluahkan perasaan tidak puas hati apabila dia menerima layanan kurang memuaskan dari sebuah klinik kesihatan (KK) di sebuah lokasi.

Wanita bernama Sri Idrina ini yang dihubungi mStar Online bercerita lanjut mengenai perkhidmatan yang diberi doktor berikutan sakit yang dialaminya sejak sekian lama.

Advertisement

Jelas Sri, dia bukan ingin meminta sijil cuti ataupun MC tetapi hanya ingin melakukan pemeriksaan lanjut mengenai kesakitan di bahagian bahu dan tengkuknya yang selama ini menganggu aktiviti seharian.

Katanya lagi, dia hanya menerima ubat tahan sakit yang berbeza-beza tanpa mengambil kira tahap kesakitan dan doktor yang bertugas seolah-olah mengabaikan penerangan yang diberikan oleh pesakit.

Bila saya jumpa doktor, dia terus sebut ‘oh mungkin salah tidur’. Tanpa mendengar penerangan saya dengan lebih lanjut. Saya terpaksa minta juga nak buat x-ray.

Dengan muka yang seolah nak tak nak, dia hantar saya ke bahagian x-ray. Lepas dapat keputusan dia kata bahagian belakang saya ada bengkok sikit. Terus suruh ambil ubat.

Dia yang tidak pernah diberi ubat Ibuprofen telah menerima kesan sampingan setelah memakan ubat itu dan menyebabkan matanya bengkak.

Menjengah ke ruangan komen, netizen tampil memberikan pendapat yang berbeza dan rata-ratanya bersetuju dengan luahan hati Sri.

TwitterSumber : Twitter  

Ada yang mengatakan layanan yang diberikan doktor dan pegawai bertugas juga kasar dan berpendapat orang awam yang datang ke Klinik Kesihatan hanya ingin mendapatkan MC semata-mata.

“Memang bukan semua macam tu tapi saya boleh katakan 80 peratus dari mereka memang tak berminat nak ambil tahu atau layan pesakit mereka.” komen seorang netizen.

hartal doktor kontrak
2 years ago

"Banyak 'Songeh' Pulak"- Doktor Dikecam Enggan 'Posting' Ke Sabah Sarawak Kerana Alasan 'Pedalaman'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...