Tular di media sosial mengenai satu video memaparkan seorang pembaca berita wanita yang dirakam tidak dapat menahan sebak ketika bersiaran secara langsung pada malam semalam.
Pembaca berita, Norintan Ezreen Amir Hamzah dilihat sebak dan tidak dapat mengawal emosi ketika menyampaikan berita mengenai seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang maut selepas dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
View this post on Instagram
Dalam beberapa video yang menjadi tular itu, Norintan seperti tersentuh dan netizen beranggapan mungkin ia adalah naluri seorang ibu dan terbawa-bawa dengan insiden menyayat hati itu.
Difahamkan, Norintan juga mempunyai seorang anak seusia dengan mangsa kemalangan itu.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesan dengan detik yang sungguh beremosi itu.
Pembaca berita sebak ketika ulas budak 4 tahun maut kemalangan
Seorang pembaca berita di sebuah stesen penyiaran terkemuka gagal menahan sebak ketika bersiaran secara langsung, hari ini.
Norintan Ezreena Amir Hamzah, tidak dapat mengawal emosi ketika menyampaikan berita tentang… pic.twitter.com/ZvUqeJajyq
— MYNEWSHUB (@mynewshub) July 24, 2023
Kata mereka, mereka turut berasa sedih apabila pembaca berita itu sendiri yang menunjukkan rasa sebak secara langsung, terus saja teringat anak-anak di rumah.
Ya Allah, sebak tengok pembaca berita baca tentang berita mungkin membayangkan anak-anak sendiri sebaya dengan anak syurga tersebut.
Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun dilaporkan meninggal dunia setelah dilanggar sebuah kereta SUV ketika dia melintas di sebuah jalan berlokasi di SS 9A/8 Sungai Way, semalam.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.