Abang Sado Memasak Tak Pakai Baju, Komen Nakal Netizen Jadi Tumpuan – “Ada ‘Sesuatu’ Yang Lebih Enak”

Kehidupan

Abang Sado Memasak Tak Pakai Baju, Komen Nakal Netizen Jadi Tumpuan – “Ada ‘Sesuatu’ Yang Lebih Enak”

Tular di media sosial baru-baru ini apabila tiga jejaka berbadan tegap ataupun ‘sado’ dilihat memasak di dapur dengan hanya memakai apron dan tidak berpakaian.

Dalam video tersebut, ketiga-tiga mereka sedang menyediakan juadah salmon, ayam dan telur sebagai makanan sihat untuk penonton.

Advertisement

Apa yang mencuri tumpuan adalah komen-komen nakal yang ditinggalkan netizen pada video tersebut terutamanya penonton kaum wanita.

Saya tak boleh fokus makanan sebab nampak ‘sesuatu’ yang lebih enak.

Nak makan pun berselera ni. Sangat menyelerakan.

Difahamkan, ‘bintang utama’ video memasak itu adalah Eizrul Anuar; seorang cef untuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Eizrul juga terlibat dalam sukan bina badan bersama dua rakannya yang merupakan atlen USN berkata mereka sengaja memakai apron seperti itu dan ternyata telah menuai komen usikan serta kritikan daripada warga maya.

Saya cuma nak tunjuk video masakan yang ringkas tapi sedap. Dalam video viral itu, saya perasan ada komen usikan terhadap kami bertiga. Kami memang sengaja pakai apron macam tu. Bagi nampak kelakar, sado tapi apron comel.

Menganggap kecaman yang diterima mereka itu sebagai perkara biasa, Eizrul berharap video memasak itu dapat menyampaikan kepentingan makanan sihat dan cara menyediakannya juga tidak susah seperti yang disangka.

“Saya buat video sekadar nak berkongsi yang memasak makanan sihat ini tak susah. Sebab sekarang ramai yang obesiti. Orang juga anggap masakan sihat ini mahal” ujarnya lagi.

Sekadar info, Eizrul kini sedang mempersiapkan diri bagi pertandingan Mr Malaysia yang dijangka berlangsung pada Oktober nanti.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Barbie kelantan
9 months ago

(VIDEO) "Ada Kata Muka Saya Macam Babi Tapi.." - Mek Kelantan Cari Model Ala Barbie, Kena 'Baby Face' Dan Saiz XS/S

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...