(VIDEO) “Ada Kata Muka Saya Macam Babi Tapi..” – Mek Kelantan Cari Model Ala Barbie, Kena ‘Baby Face’ Dan Saiz XS/S

Kehidupan

(VIDEO) “Ada Kata Muka Saya Macam Babi Tapi..” – Mek Kelantan Cari Model Ala Barbie, Kena ‘Baby Face’ Dan Saiz XS/S

Seorang wanita bergelar jurufoto baru-baru ini mencuri tumpuan warga maya apabila dia bersama beberapa orang wanita lain dilihat menari secara lemah gemalai dan berkonsepkan anak patung Barbie.

Jurufoto, Shafieqa Mohd Asri sebelum ini sedang mengusahakan pencarian ‘talent’ atau model seperti patung Barbie di negeri serambi Mekah, Kelantan.

Advertisement

Ujarnya, model yang berminat mestilah mempunyai wajah yang comel, ‘baby face’, badan bersaiz XS atau S dan melebihi umur 17 tahun.

Saya mencari muka-muka baharu untuk konsep Barbie Doll. Syarat tak pemalu, tidak main-main, ikut arahan dan masa yang ditetapkan. Tidak berlagak, bajet artis. Yang penting berdisplin.

Setelah iklan pencarian itu dihebahkan, Shafieqa mendedahkan bahawa dia ada menerima hampir 50 permohonan dan hanya memilih enam model untuk sesi bergambar yang diadakan pada hari Ahad lalu berlokasi di Sungai Kelantan.

Dalam keterujaan menganjurkan pencarian model ala-ala Barbie, Shafieqa mengakui dia pernah menerima komen kejian daripada netizen dan juga penduduk Kelantan sendiri.

@fykaa_kaka

barbie doll kelantan ?? #makeba #barbiemovies #fyp? #FYP #barbie #barbiedoll #hibarbie #barbiedollkelantan #barbiedollmalaysia

? Makeba – Jain

Biasalah, dengar saja nama Kelantan, mesti ramai kecam. Orang kata tak sesuai. Siap ada yang kata muka saya macam babi, tapi nak cari rupa Barbie. Biasalah tu kecaman, saya tak kecil hati.

Terdahulu, beberapa video memaparkan sekumpulan wanita berpakaian merah jambu yang menari telah menjadi viral di media sosial terutamanya Twitter.

Rata-rata netizen tampil memberi komen berbaur sindiran namun ada juga yang terhibur dengan gelagat mereka ketika melakukan Makeba Challenges di TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Komen biadab
10 months ago

"Menu Rahmah Rahmatullah Dah" - Komen Netizen Mulut Celupar Di Berita Kematian Allahyarham Salahuddin Undang Kritikan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...