(VIDEO) Pemandu Toyota Altis Bikin Panas, Ke Kiri Ke Kanan Sengaja Halang Laluan Ambulans – “Apa Masalah Dia Ni?”

Kehidupan

(VIDEO) Pemandu Toyota Altis Bikin Panas, Ke Kiri Ke Kanan Sengaja Halang Laluan Ambulans – “Apa Masalah Dia Ni?”

Tular satu video di media sosial mempamerkan sebuah kereta jenis Toyota Altis dirakam menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit di Lebuhraya MRR2 di Ampang kira-kira jam 5 petang semalam .

pembantu kesihatan wanita buat video
1 year ago

"Pesakit Tengah Tenat Tu!" - Bagi Ciuman & Jelir Lidah, Petugas Wanita Sakan Buat Video Dalam Ambulans

Advertisement

 

Sengaja ke kiri, kanan halang ambulan

Pemandu kereta tersebut dilihat langsung tidak memandu ke tepi untuk memberi laluan walhal jalan raya lengang serta tidak mempunyai banyak kenderaan.

Meskipun siren sudah dibunyikan dan individu di dalam ambulan juga telah memberikan arahan untuk ketepi menggunakan pembesar suara, namun pemandu terbabit tidak menghiraukan mereka.

Bukan itu sahaja, pemandu terbabit seolah-olah melakukan provokasi kerana memandu ke kiri dan ke kanan seperti sengaja tidak mahu memberikan laluan kepada ambulan.

 

“Harap one day ada ahli keluarga dia dalam ambulan kena macam ni”

Ramai warganet menghentam tindakan pemandu terbabit dan menyifatkannya mementingkan diri dan berharap apa yang dilakukannya itu akan berlaku semula kepadanya suatu hari nanti.

komen

Sesetengah individu berharap agar ada laporan dibuat agar pihak polis boleh mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu tersebut kerana menghalang laluan ambulan dengan niat.

komen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...