“Pesakit Tengah Tenat Tu!” – Bagi Ciuman & Jelir Lidah, Petugas Wanita Sakan Buat Video Dalam Ambulans

Kehidupan

“Pesakit Tengah Tenat Tu!” – Bagi Ciuman & Jelir Lidah, Petugas Wanita Sakan Buat Video Dalam Ambulans

Baru-baru ini, satu video tular di platform media sosial memaparkan seorang petugas kesihatan wanita seronok merakam video sewaktu berada di dalam ambulans untuk tujuan peribadi.

Wanita yang dipercayai pembantu perawatan kesihatan (PPK) merakam dirinya manis tersenyum serta turut merakam keadaan di luar ambulans dengan perlihatkan kereta-kereta yang dipintas.

Advertisement

pembantu kesihatan wanita buat video

Biarpun tidak pasti sama ada kapsyen yang ditulis itu merujuk kepada ambulans yang dipandu laju atau kereta yang melalui lorong kecemasan, tindakan pembantu kesihatan itu merakam sewaktu sedang bertugas sememangnya dipersoal netizen.

Dalam pada video yang lain, wanita itu sempat merakam keadaan sekeliling dalam ambulans yang turut ada pesakit warga emas sedang terbaring.

Pesakit itu juga jelas kelihatan sedang tenat tetapi petugas terbabit tetap merakam sambil tersenyum, malah di akhir video dia sempat membuat aksi seolah-olah memberi ciuman serta menjelir lidah.

komen

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan petugas wanita tersebut serta menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh mencalarkan imej baik petugas kesihatan.

Difahamkan juga, ada netizen memaklumkan ambulans itu bukan milik Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berdasarkan hotline yang tertara di tingkap kenderaan terbabit.

9 months ago

"Boleh Saman KKM Tak Kalau Macam Ni?" - Bazir Masa, Duit & Tenaga Pindah Ke Sarawak, Nasib Doktor Muda Ini Raih Perhatian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...