(VIDEO) Pelakon Lelaki Bawa Kereta Secara Melulu, Teman Wanita Tercampak Keluar Akibat Kemalangan

Berita

(VIDEO) Pelakon Lelaki Bawa Kereta Secara Melulu, Teman Wanita Tercampak Keluar Akibat Kemalangan

Satu video menjadi tular semalam apabila sebuah kenderaan jenis Myvi dirakam telah dipandu dengan melulu sehingga mengakibatkan kemalangan sehingga berlaku kesesakan jalan raya.

Perkara itu juga disahkan oleh Ketua Polis Daerah Ampang Jaya di mana pihak mereka telah memaklumkan bahawa kejadian itu berlaku di MRR2 Hulu Kelang (Flyover Susur Duke) sekitar jam 5.30 petang hari Selasa yang lalu.

Advertisement

Dalam video tersebut, pemandu yang dilaporkan seorang pelakon sambilan telah dilihat memandu kereta secara melulu dengan tiba-tiba menukar lorong dan sekaligus hilang kawalan sebelum melanggar sebuah kenderaan lain.

Malah seorang penumpang wanita dipercayai teman wanita kepada pemandu itu telah tercampak keluar dari kereta dan turut mengalami kecederaan ringan.

ACP Mohamad Farouk juga menggesa mereka yang menyaksikan kejadian kemalangan itu untuk tampil menyalurkan maklumat berkenaan kejadian dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat trafik IPD Ampang Jaya INSP Nur Nadzirah di talian 012-4401093.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Pengusaha fathers batang kali khemah
1 year ago

"Tanah Runtuh Itu Tidak Berpunca Dari Kawasan Tanah Kami" - 'Owner' Father Organic Farm Mohon Maaf, Sedia Bertanggungjawab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...