“Tanah Runtuh Itu Tidak Berpunca Dari Kawasan Tanah Kami” – ‘Owner’ Father Organic Farm Mohon Maaf, Sedia Bertanggungjawab

Berita

“Tanah Runtuh Itu Tidak Berpunca Dari Kawasan Tanah Kami” – ‘Owner’ Father Organic Farm Mohon Maaf, Sedia Bertanggungjawab

Pengendali Father Organic Farm, Frankie Tan baru-baru ini tampil memaklumkan bahawa pihaknya tidak akan lari daripada tanggungjawab dalam kejadian tanah runtuh yang meragut nyawa lebih daripada 20 orang itu.

Tegas Frankie, kejadian itu sebenarnya tidak berlaku di dalam kawasan ladang dan memberitahu dia bersedia untuk membantu dan memberi kerjasama.

Advertisement

Ujarnya lagi, dia tidak akan lari  dan menzahirkan perasaan sedih yang mendalam terhadap mangsa dan pihak keluarga yang terjejas akibat tragedi itu.

Kawasan tanah runtuh itu adalah milik tanah kerajaan iaitu kira-kira 2 atau 3 kilometer dari tanah ladang yang kami pajak. Tambahan pula, tapak tanah runtuh adalah hutan besar yang tidak pernah dibangunkan.

Tambah Frankie, gara-gara kejadian itu, dia mengakui menerima banyak tekanan daripada pelbagai pihak termasuk keluarga mangsa yang menyalahkan beliau di atas kejadian yang menimpa mereka.

“Selepas kejadian itu, beberapa mangsa yang terselamat dan ahli keluarga telah mengutuk saya di tempat kejadian. Saya faham dan apa yang boleh saya lakukan ialah menundukkan kepala dan membiarkan mereka melepaskan diri” kata Frankie memetik laporan Weird Kaya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Banjir 2022
1 year ago

"Kesabaran Kami Diuji.." - Anggota BOMBA Reda Hadapi Kedegilan Mangsa Banjir Yang Enggan Berpindah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Weird Kaya

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...