“Kesabaran Kami Diuji..” – Anggota BOMBA Reda Hadapi Kedegilan Mangsa Banjir Yang Enggan Berpindah

Berita

“Kesabaran Kami Diuji..” – Anggota BOMBA Reda Hadapi Kedegilan Mangsa Banjir Yang Enggan Berpindah

Banjir yang melanda daerah Pantai Timur khususnya negeri Kelantan dan Terengganu pastinya memberi kesan kepada penduduk terutamanya dari kerugian harta benda, malah ada juga yang telah kehilangan nyawa yang tersayang.

Tragedi banjir yang mula melanda negeri-negeri terjejas pada 14 Disember lalu kini telah mendapat liputan sewajarnya  dan jentera-jentera daripada agensi terlibat juga telah digerakkan bagi membantu mangsa.

Advertisement

Maklum Pengarah Bahagian Keselamatan Kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Ahmad Izram Osman, operasi menyelamat dan memindah mangsa banjir setakat ini berjalan dengan lancar.

Namun, terdapat cabaran besar dihadapi anggota-anggota penyelamat seperti mangsa yang degil dan enggan berpindah meskipun rumah atau kawasan kediaman mereka mula dinaiki air bah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Harian Metro (@hmetromy)

Walaupun sudah biasa dengan karenah mangsa yang berdegil apabila diarahkan berpindah tetapi dalam keadaan kecemasan seperti bencana banjir ini, kesabaran anggota kami juga sedikit tercabar.

Kata Ahmad Izram, dia sering mengingatkan anggota penyelamat bertugas agar sentiasa bersabar di samping mengekalkan kekuatan fizikal ketika menjayakan misi menyelamat.

Ujarnya lagi, matlamat utama mereka hanyalah untuk menyelamatkan mangsa meskipun terpaksa ‘menahan rasa’ ketika memujuk dan merayu mangsa banjir yang berdegil. – Harian Metro

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Cuti Sekolah
1 year ago

Musim Bencana Alam, Pakar Meteorologi Cadang Cuti Panjang Sekolah Dibawa Ke Pertengahan Tahun

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...