Tular di media sosial Twitter baru-baru ini apabila seorang individu mendedahkan modus operandi sesetengah pengusaha dobi yang menggunakan gas asli dapur memasak sebagai bahan pemanas.
Dalam hantaran itu, individu berkenaan mendakwa ramai pengusaha dobi mengambil alternatif yang lebih murah iaitu tong gas memasak untuk dijadikan salah satu alat fungsi pengeringan baju.
Malah, komen yang ditinggalkan warga maya juga membuktikan lagi bahawa banyak dobi yang tidak menggunakan tenaga elektrik yang lebih selamat bagi menjana haba.
Jumlah RT = Jumlah Orang Yang Baru Tahu Di Sebalik Tabir Mesin Pengering Dobi Layan Diri Ada Tong Gas & Api
“Aku pernah tanya pemilik dia, kenapa pakai tong gas dan bukan elektrik,” tulis seorang netizen. “Dia jawab mahal pakai karan”
Cheh patutlah baju aku ada bau panggang ? pic.twitter.com/i3RtEAUIVT
— The Plant Dad ?? (@ATMology) November 30, 2022
Individu itu turut menyertakan contoh-contoh kes kecelakaan yang berlaku di pusat dobi akibat insiden letupan tong gas dan turut merekodkan kehilangan nyawa akibat kecuaian pengusaha dobi ini.
Berikutan itu, individu berkenaan turut menyarankan agar mereka yang mencuci dan mengeringkan baju di dobi agar tunggu di tempat yang lebih selamat seperti di dalam kereta dan tidak membawa anak-anak kecil bersama.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen tidak menyangka akan tong gas memasak yang digunakan secara meluas di kebanyakan pusat dobi.
Memang pakai gas pun. Tapi cara direct macam tu salah. Pakai gas 14kg ni pun salah. Tong gas semua kena duduk satu tempat di luar bangunan, hanya pipe je boleh sambung ke mesin.a
Memang kebanyakan dobi pakai tong gas ya. Tiap kali basuh atau keringkan baju memang tak duduk lah dalam dobi.
Dalam pada itu, ramai netizen turut menggesa badan berwajib dan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan atas mana-mana pengusaha dobi yang tidak mengikut peraturan sebelum sebarang kecelakaan berlaku.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.