Seorang kanak-kanak berusia setahun hilang dipercayai dibaham buaya manakala, bapanya mengalami kecederaan semasa cuba menyelamatkan anaknya di perairan Lahad Datu.
Menurut laporan Utusan, bapa mangsa yang sedang mendayung sampan cuba menyelamatkan anaknya yang diserang buaya namun, gagal.
Bapa berusia 45 tahun itu mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala akibat kesan gigitan buaya.
Susulan itu, tular di media sosial video memaparkan momen-momen cemas si bapa yang meraung apabila menyaksikan anaknya disambar buaya.
Lebih menyedihkan, bapa yang dikenali sebagai Morehat itu dilihat terduduk menangis di tebing perairan mengenangkan nasib anaknya.
Namun, apa yang menjadi tumpuan orang ramai ialah tindakan si perakam yang dianggap tidak sensitif terhadap situasi tersebut.
Siapa suruh kau lari tadi? Kan dah kena makan buaya.
@utusantvofficial Replying to @vigotakdaremap . PART 3: Pelik kenapa perakam cakap macam tue. #buaya #beritaditiktok #fyp #trendingnewsmalaysia
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam si perakam kerana tidak cuba untuk menenangkan bapa mangsa selain langsung tidak mengendahkan kecederaan yang dialaminya.
Info tambahan, Morehat mengalami cedera parah dan kini dirawat di Hospital Lahad Datu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.