Tular Rakaman Wanita ‘Terberanak’ Depan Klinik Kesihatan, Netizen Pelik – “Kenapa Tak Ada Sorang Pun Tolong?”

Kehidupan

Tular Rakaman Wanita ‘Terberanak’ Depan Klinik Kesihatan, Netizen Pelik – “Kenapa Tak Ada Sorang Pun Tolong?”

Bagi para ibu, sudah tentu masing-masing mempunyai pengalaman sendiri ketika mahu bersalin yang pasti mereka tidak dapat lupakan sampai bila-bila.

Namun, pengalaman seorang ibu ini pastinya tidak akan dilupakan oleh dirinya dan suami malah mungkin saksi kejadian juga sukar melupakannya.

Advertisement

 

Terberanak depan klinik

Menerusi satu rakaman yang tular, seorang wanita yang sarat mengandung dilihat terbaring atas lantai sambil dipangku oleh seorang lelaki.

Wanita itu dilihat lemah kerana ‘terberanak’ betul-betul di hadapan sebuah klinik kesihatan dan bayinya juga terbiar di atas lantai dengan tali pusat masih bersambung.

 

Kenapa tak ada siapa yang tolong?

Selepas rakaman itu tersebar, ramai netizen mempersoal mengapa tiada seorang pun individu yang membantu terutamanya doktor serta jururawat yang berada di klinik tersebut.

Bagaimanapun, difahamkan bahawa klinik terbabit sudah pun ditutup ketika wanita bernama Yetina itu melahirkan anaknya di situ.

Bukan itu saja, Yetina juga sebenarnya tidak sedar dirinya hamil sehinggalah perut membesar dan tujuannya datang ke klinik adalah untuk membuat check up kali pertama.

Seorang pegawai perubatan yang masih berada di klinik terbabit kemudian memberikan bantuan kepada wanita itu sebelum membawanya berjumpa bidan untuk memotong tali pusat.

 

Terdahulu, rakaman ketika kejadian itu tular di Facebook menunjukkan wanita terbabit dalam keadaan yang sangat lemah dan berlumuran darah di bahagian bawah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

bapa jatuh moto
1 year ago

(VIDEO) “Jangan Nak Viral Je!” - Pelajar Dikecam Hebat Tak Tolong Bapa Jatuh Motorsikal, Rupa-Rupanya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TribunNews

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...