(VIDEO) “Pagi Dekat Sekolah..” – Ibu Muda Terpaksa Berjaga Malam Untuk Anak, Penat Sampai Tertidur Dalam Kelas

Hiburan

(VIDEO) “Pagi Dekat Sekolah..” – Ibu Muda Terpaksa Berjaga Malam Untuk Anak, Penat Sampai Tertidur Dalam Kelas

Menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu bapa bukanlah sesuatu perkara yang mudah, lebih-lebih lagi apabila perkahwinan itu di awal usia yang muda.

Begitulah yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Lea Rissa yang memuat naik hantaran video berkongsi kisahnya menjadi ibu muda telah mendapat perhatian orang ramai.

Advertisement

Menerusi video tersebut, dilihat Lea yang tertidur di dalam kelas kerana penat menjaga anaknya berusia tiga bulan sehingga lewat malam.

lea

Bila kamu menjadi ibu terlalu awal..

Malah, dia sempat berkongsi gambar pada waktu malam dimana dia perlu menahan rasa mengantuk demi menjaga bayi kecilnya walaupun keesokan pagi harus ke sekolah sebagai seorang pelajar.

@leaarissaa

when you become a mother too early ? #fyp? #mamamuda

? Ch?y ngay ?i _ S?n Tùng MTP – dhn

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai memberikan pelbagai reaksi. Ada yang memberi semangat kepadanya untuk terus cekal menggalas dua tanggungjawab pada satu masa.

Semoga jadi ibu yang baik, bukan senang nak lalui semua ni,” tulis seorang pengguna TikTok.

Namun, ada juga yang berpendapat bahawa mana-mana pasangan muda seharusnya memastikan telah selesai belajar dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Ilmu jangan tinggalkan.. tu je pengubah hidup nanti.. belajar tinggi-tinggi. – Netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

honda
2 years ago

"Tak Ada Siapa Pandang" - Pelajar Menyesal Beli Kereta 'H', Sanggup Ulang-Alik Asalkan Orang 'Notice'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...