(VIDEO) “Orang Malaysia Memang Prihatin, Sayang Korang” – Anak Mangsa Tragedi 6 Sekeluarga Maut Kemalangan Ucap Terima Kasih

Kehidupan

(VIDEO) “Orang Malaysia Memang Prihatin, Sayang Korang” – Anak Mangsa Tragedi 6 Sekeluarga Maut Kemalangan Ucap Terima Kasih

Anak sulung kepada mangsa nahas kemalangan di Jalan Segamat – Kuantan, Abdur Rahman baru-baru ini mencuri tumpuan netizen apabila dia tampil mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang prihatin terhadap nasibnya setelah bergelar anak yatim.

Dalam video TikTok yang menjadi tular itu, Rahman menzahirkan rasa syukur dan sangat menghargai segala bantuan dan pertolongan daripada rakyat Malaysia.

Advertisement

Saya, Abdur Rahman Bin Amir Ruddin merupakan anak arwah kepada, senang cerita enam jenazah yang tular baru-baru ini.

Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia sebab memang tak terhingga banyaknya doa-doa anda semua. Betullah seperti kata orang Malaysia ni ramai prihatin. Terima kasih, sayang korang.

Rahman dalam pada itu sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk menyemak terlebih dahulu kesahihan sesebuah cerita sebelum menyebarkan kepada orang ramai.

Tujuan saya buat video ini adalah saya mahu betulkan apa yang salah. Sebab sekarang ini kuasa di hujung jari, benda yang tak betul jadi makin tersebar.

Terdahulu, ibu bapa Abdur Rahman bersama empat orang lagi adik-adiknya dilaporkan maut akibat nahas jalan raya pada minggu lalu.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

6 sekeluarga kemalangan
1 year ago

"Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata" - Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...