“Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata” – Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Berita

“Tak Terlintas Saya Akan Jadi Anak Yatim Piatu Sekelip Mata” – Anak Sulung Mangsa Kemalangan Maut 6 Sekeluarga

Melalui sesi temubual bersama pihak Harian Metro, Abdur Rahman Amir Ruddin, berkata dirinya baru saja bersua muka dengan ibu bapa dan adik-adik sebelum mereka bertolak untuk menghantar ibu mengajar di Sekolah Agama Kemedak, Segamat.

Untuk info, Abdur Rahman merupakan anak sulung kepada Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, yang terbunuh bersama empat lagi adiknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5, dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, di sini, semalam.

Advertisement

Saya tidak terkata-kata apatah lagi mendapat tahu ibu, Abi dan empat adik turut meninggalkan kami.

6 sekeluarga kemalangan

Kata Abdur Rahman, pada hari kejadian dia ada menerima mesej di WhatsApp serta sekeping gambar yang disusuli dengan tulisan ‘kami balik dulu’ pada 3.08 petang.

Itu merupakan mesej terakhir yang diterima sebelum dia menerima berita mengenai kemalangan maut ahli keluarganya.

Tidak terlintas di fikiran saya akan jadi anak yatim piatu sekelip mata.

Ditanya keadaan adik, Abdullah, yang masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat, Abdur Rahman berkata adiknya itu masih dalam keadaan kritikal dan kini berdoa agar selamat.

11 months ago

Berkali-Kali Cium Jenazah Anak Sebelum Turun Liang Lahad, Lelaki Hilang 3 Ahli Keluarga Sekelip Mata

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...