Berkali-Kali Cium Jenazah Anak Sebelum Turun Liang Lahad, Lelaki Hilang 3 Ahli Keluarga Sekelip Mata

Kehidupan

Berkali-Kali Cium Jenazah Anak Sebelum Turun Liang Lahad, Lelaki Hilang 3 Ahli Keluarga Sekelip Mata

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, petang semalam telah meragut nyawa seorang wanita yang baru lepas berpantang, bayinya berusia dua bulan dan juga ibunya.

Mangsa adalah Raja Nurhanani Nabila Raja Hussin, 23, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail dan Noreha Mohamed, 53 tahun.

Advertisement

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 7 malam itu turut melibatkan dua adik Raja Nurhanani iaitu Raja Haikal Najmi, 20, yang memandu dan Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13, yang kini dalam rawatan.

accident

Suasana ketika pengebumian meruntun hati ramai orang terutamanya apabila melihat keadaan Zulhilmi Ismail, suami dan bapa kepada mangsa yang tidak dapat menahan sebak.

Jenazah tiga beranak itu telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kubur Kebatu, Mukim Morak, Tumpat, Kelantan kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

Menurut sumber, Zulhilmi berkali-kali mencium jenazah anak lelaki yang berada di pangkuannya sebelum diturunkan ke liang.

pangku mayat anak

Difahamkan, lima beranak tersebut sedang dalam perjalanan ke  Kem Batu 10, Kuantan untuk menghantar Raja Nurhanani Nabila yang baru habis berpantang di kampung ke rumah sewa suaminya, di Kuantan.

Selain itu, kami kongsi artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Accide
1 year ago

Luluh Hati Dapat Berita Ibu Bapa Maut Kemalangan, ‘OTW’ Balik Lepas Hantar Daftar Kolej

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...