(VIDEO) “Ni Baru Ikon Penyusuan..” – Susu Badan Rita Sosilawati ‘Meriah’ Berpeti-peti, Yang Perlu Boleh Datang Ambil

Kehidupan

(VIDEO) “Ni Baru Ikon Penyusuan..” – Susu Badan Rita Sosilawati ‘Meriah’ Berpeti-peti, Yang Perlu Boleh Datang Ambil

Perkongsian Rita Sosilawati baru-baru ini mencuri tumpuan netizen terutamanya kaum wanita kerana wanita itu dianggap bertuah kerana memiliki susu badan yang melimpah ruah dan banyak.

Di TikTok, usahawan kosmetik popular itu ada berkongsi pengalamannya menjadi ibu dan turut menunjukkan peti sejuk beku miliknya yang dipenuhi stok susu badan.

Advertisement

Malah, kelihatan seorang wanita lain mengambil stok susu tersebut lalu dimasukkan ke dalam sebuah beg.

Alhamdulillah, rezeki anakku dan anak susuan. Akak (Rita) beri satu freezer ini hanya untuk susu sahaja. Susu I ya, susu I bagi kat anak susuan I ya.

Malah, dia juga enggan membazirkan stok susu yang banyak dan meminta ibu bertuah untuk datang ‘restock’ jika kehabisan susu.

Kena habiskan minum ya. Satu beg ini tak cukup. Habiskan ya, tolong habiskan ya. Lepas tu nanti ambil lagi. Freezer atas ada lagi. Freezer atas tu dah penuh. Tak muat, rezeki Alhamdulillah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bergelar ibu terutamanya turut teruja melihat Rita dikurniakan rezeki murah susu badan.

Malah, ada yang menyifatkan wanita itu patut diberikan anugerah Ikon Penyusuan yang sebenar.

Sekadar info, ibu susuan yang memberi susu badan kepada anak kepunyaan orang lain tidak boleh berkahwin sesama sendiri dan tidak wajib menutup aurat di hadapan satu sama lain kerana muhrim.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Andalusia travel abang tesla
8 months ago

Didakwa Taja Abang Tesla Dan Bini-Bini Tunai Umrah, Agensi 'Tour' Terkenal Dikecam Teruk

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...