Didakwa Taja Abang Tesla Dan Bini-Bini Tunai Umrah, Agensi ‘Tour’ Terkenal Dikecam Teruk

Kehidupan

Didakwa Taja Abang Tesla Dan Bini-Bini Tunai Umrah, Agensi ‘Tour’ Terkenal Dikecam Teruk

Syarikat dan ejen penyedia perkhidmatan umrah terkenal, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd tampil menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menuduh pihak mereka menaja pakej umrah yang disertai pensohor media sosial, Abang Tesla dan isteri-isterinya.

Perkara tersebut dimaklumkan pengurusan tertinggi syarikat tersebut di mana mereka menegaskan bahawa pensohor itu dan keluarga telah membayar sepenuhnya kos percutian dan umrah mereka sendiri.

Advertisement

Merujuk kepada laporan yang tular di media sosial, Syarikat Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd sebagai penyedia perkhidmatan umrah ingin menafikan dakwaan bahawa kami telah menaja umrah Abang Tesla dan rombongannya.

Dakwaan ini adalah tidak benar. Abang Tesla dan keluarganya membayar sepenuhnya kos percutian & umrah (Pakej Umrah Ziarah Istanbul Bursa) mereka sendiri.

Berikutan itu, pihak mereka berharap dakwaan tidak benar tersebut dapat dihentikan dan memohon maaf di atas sebarang kekeliruan yang telah timbul.

umrah andalusiaSumber : Instagram  

Sebelum ini, netizen meluahkan rasa tidak puas hati gara-gara Abang Tesla menulis di kapsyen foto terbarunya yang menulis dia dan keluarga telah ditaja sebuah syarikat pelancongan untuk menunaikan umrah.

Namun begitu, kapsyen foto berkenaan kemudiannya disunting tidak lama kemudian.

andalusia abang tesla umrahSumber : Instagram  

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Abang tesla
8 months ago

"Saya Pilih Umrah Kerana Yakin Allah Akan Selesaikan Masalah Ini" - Abang Tesla

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...