Menerusi satu hantaran di laman Twitter, seorang individu berkongsi satu video pendek yang memaparkan keadaan pintu LRT yang dibiar terbuka ketika masih beroperasi. Bahayanya!
Jelas kelihatan di dalam video beberapa pintu di dalam LRT itu terbuka dan ianya boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang.
and suddenly i feel like I’m in divergent @MyRapidKL what is this behaviour ? pic.twitter.com/PpyjAiXLQn
— ?? (@perksofbeingsxf) July 27, 2021
Sehubungan itu, tweet berkenaan mendapat respon daripada pihak MyRapidKL untuk mengambil maklumat berhubung kejadian.
“Hai, boleh kami tahu nombor kereta api dan waktu beroperasi ?”
Menurut pemilik akaun, dia tidak pasti mengenai nombor kereta api di dalam video namun dia memaklumkan kejadian itu berlaku sekitar 3 petang semalam daripada stesen Ara Damansara ke Lembah Subang.
Situasi itu menimbulkan ketakutan dalam kalangan warganet kerana pintu LRT yang dibiar terbuka.
Bahayanya!
Ada juga warganet yang mempersoalkan kenapa individu berkenaan tidak membuat panggilan kecemasan melalui interkom.
Sehingga artikel ini ditulis pihak MyRapidKL belum memberi penjelasan berhubung dengan situasi tersebut. Diharap kejadian seperti ini tidak berlaku pada masa akan datang kerana ia boleh mendatangkan bahaya kepada penumpang lain.