Pengguna Mudah Cam, Bas ‘Pink’ Rapid KL Diperluas Kepada 15 Laluan Baru

Automotif

Pengguna Mudah Cam, Bas ‘Pink’ Rapid KL Diperluas Kepada 15 Laluan Baru

Terbaru, Rapid Bus Sdn Bhd yang merupakan anak syarikat Prasana Malaysia Berhad (Prasarana) akan memperluas perkhidmatan Bas Perantara LRT berwarna merah jambu kepada 15 laluan tambahan bermula 18 Februari ini berikutan sambutan menggalakkan daripada pengguna.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus, Muhammad Yazurin Sallij berkata, inisiatif tersebut adalah kesinambungan kepada projek perintis pada 3 September tahun lepas melibatkan penambahbaikan perkhidmatan Bas Perantara LRT di sepanjang 10 laluan sedia ada antaranya ke Stesen LRT Gombak, Taman Melati dan Sri Rampai.

Advertisement

Beliau berkata, pihaknya menerima maklum balas positif menerusi program tersebut dengan 81 peratus daripada 1,000 responden menyatakan mutu perkhidmatan telah meningkat seperti lebih senang dicam, pematuhan jadual, kekerapan dan ketersediaan bas.

“Ia adalah sebahagian daripada usaha berterusan pihak kami untuk meningkatkan mutu perkhidmatan”

“Dengan penampilan baharu ini, kami mendapati bahawa pelanggan dan orang ramai lebih senang membezakan di antara bas Perantara LRT dan bas Rapid KL biasa”

Muhammad Yazurin berkata, hasil kaji selidik yang dijalankan bulan lepas itu juga mendapati 92 peratus responden mengesyorkan perkhidmatan tersebut kepada orang ramai.

Sumber : Sinar

Bernama turut memaklumkan Rapid Bus akan membahagikan pelaksanaannya kepada beberapa peringkat yang akan melibatkan penyusunan semula operasi bas, penjadualan dan kekerapan menurut permintaan bagi perluasan perkhidmatan bas Perantara LRT berwajah baharu ini.

Berikut adalah 15 laluan baharu Bas Perantara LRT:

1.T180 Taman Dato’ Senu – LRT Sentul

2.822 LRT Bangsar – Bangsar Shopping Centre

3.541 Putra Permai – LRT BK 5

4.T603 LRT Puchong Prima – Taman Mas Sepang

5.T640 Stesen LRT Taman Jaya – Taman Sri Sentosa

6.T600 Stesen LRT IOI Puchong – Taman Wawasan

7.T757 Stesen LRT Alam Megah – Sek 27 Shah Alam

8.T778 Stesen LRT USJ 21 – One City

9.T781 Stesen LRT Kelana Jaya – Kelana Centre Point

10.T782 Stesen LRT Lembah Subang – Ara Damansara

11.T783 LRT Taman Bahagia – SS 6

12.T785 LRT Taman Paramount – Kg Baiduri

13.T786 LRT Asia Jaya – Universiti Mahsa

14.T787 Stesen LRT Asia Jaya – Seksyen 14 & 17

15.T791 Stesen LRT Kerinchi – Pantai Hill Park

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...