Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, video memaparkan kejadian kemalangan sebuah kenderaan jenis Ford yang merempuh pam minyak dan seorang penunggang motosikal.
Menerusi video tersebut, kejadian dipercayai berlaku di pam minyak Shell Taman Teluk Gedang Indah yang membabitkan seorang pemandu kenderaan berbangsa Cina.
Difahamkan, pemandu kenderaan tersebut secara tiba-tiba diserang sakit jantung sehingga menyebabkan kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh semua di hadapannya.
Pemandu kena heart attack and lost control.. berbangsa cina RIP.
Malah, pemandu tersebut dilaporkan telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat serangan jantung terbabit.
@chongykush Kejadian di shell taman teluk gedung indah #shell #eksiden #portklang #rip
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meminta agar orang ramai untuk tidak mengecam pemandu tersebut dan menghormati keluarga mendiang.
“Uncle ni tengah memandu kena attack jantung terus meninggal.. jangan la kecam macam-macam tak kena pada family anda.. tq,” tulis seorang pengguna TikTok.
“Benda nak jadi kita pun belum tahu macam mana ajal menjemput, harap owner motor tu selamat.. RIP untuk uncle Ford tu,” tulis seorang lagi warganet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.