“Makan Pakai Chopstik Ni Haram..” – Adam Corrie Ditegur Ketika ‘Live’ FB, Netizen ‘Naik Hantu’ Baca Komen

Kehidupan

“Makan Pakai Chopstik Ni Haram..” – Adam Corrie Ditegur Ketika ‘Live’ FB, Netizen ‘Naik Hantu’ Baca Komen

Pelakon dan pendakwah Adam Corrie memang dikenali sebagai seorang yang gemar berkongsi aktiviti harian dan juga membuat ulasan makanan di Facebook rasmi miliknya.

Namun, ada satu perkongsian Adam di Facebook baru-baru ini telah membuatkan netizen ‘naik hantu’ apabila ada individu yang memberi komen berbaur teguran mengatakan perbuatan menjamah makanan menggunakan chopstik adalah haram di sisi agama Islam.

Advertisement

 
Kata individu itu, tindakan Adam membaca doa sebelum makan itu bagus namun diharamkan bagi seorang muslim untuk menggunakan penyepit atau Chopstik.

Tidak mendiamkan diri, Adam kemudian tampil memberi komen balas dan mengatakan dia sudah merujuk kepada banyak ustaz dan penggunaan chosptik hanyalah budaya dan tidak berkaitan dengan akidah, iman atau agama Islam.

Ustaz kata boleh kerana ia hanya alat untuk makan sama seperti sudu, garfu dan pisau.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen agak ‘terkesima’ dengan teguran individu berkenaan dan ada juga yang merasakan individu itu hanya bersikap sarkastik dan ingin bergurau.

Ni susah bila ingat Islam tu Melayu. Islam ni seluruh dunia ada. Dekat China umat Islam lagi, ramai, habis tu diorang makan guna apa?

Dalam pada itu, netizen turut berasa hairan tentang hukum menggunakan chopstik yang dikatakan haram itu kerana ianya hanyalah budaya yang diamalkan oleh masyarakat Cina sejak turun temurun.

Minta kerja tak beradab
2 years ago

"Kbye Thank You.." - Pakai WhatsApp Je, Netizen Tegur Cara Gadis Ini Minta Kerja Tapi Biadab

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...