(VIDEO) “Nasib Baik Kena Seatbelt” – Remaja 13 Tahun Berkopiah Cuba Tikam Pemandu E-Hailing Warga Emas

Berita

(VIDEO) “Nasib Baik Kena Seatbelt” – Remaja 13 Tahun Berkopiah Cuba Tikam Pemandu E-Hailing Warga Emas

Video yang memaparkan seorang remaja berusia 13 tahun cuba untuk menikam pemandu e-hailing warga emas tular di platform media sosial.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di Sungai Petani, Kedah dan jelas kelihatan remaja tersebut mengeluar sebilah pisau dengan cubaan untuk menikam warga emas itu setelah kereta diberhentikan.

Advertisement

Bernasib baik, menantu kepada pemandu tersebut memberitahu bapa mentuanya tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian yang berlaku secara mengejut itu.

Bahkan, menantunya memberitahu remaja itu telah pun ditangkap oleh pihak berkuasa dan kini berada di balai polis.

Video berkenaan hingga sekarang menjadi bualan netizen di Twitter (X) dan rata-ratanya meluahkan rasa bimbang untuk pemandu warga emas itu.

bunuh diri bersama anak
8 months ago

Wanita Tamatkan Riwayat Bersama Dua Anak Rupanya Pernah Cuba Bunuh Diri Sebelum Ini - "Suami Dia Curang"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...