(VIDEO) “Nanti Sampai La Surat Pdrm” – Tular Video Pelajar Baru Habis SPM Dikejar Polis

Kehidupan

(VIDEO) “Nanti Sampai La Surat Pdrm” – Tular Video Pelajar Baru Habis SPM Dikejar Polis

Tular di aplikasi TikTok, video memaparkan sekumpulan pelajar dipercayai baru selesai mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menunggang motosikal secara beramai-ramai dan berkonvoi telah mendapat perhatian orang ramai.

Menerusi video tersebut, mereka turut dilihat menunggang motosikal secara berbahaya dan membuat bunyi bising sehingga mengganggu penduduk setempat.

Advertisement

Apa yang menarik perhatian adalah apabila mereka akhirnya dikejar Polis setelah menerima aduan daripada orang awam.

spm

Kejadian yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah, Kluang itu telah berjaya dirakam oleh orang awam dan tular di media sosial.

Sehingga kini, video tersebut telah meraih 130.3K tontonan, 7.4K tanda suka, di laman TikTok.

Advertisement

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut meninggalkan pelbagai reaksi, ada yang terhibur melihat mereka yang lari bertempiaran dan ada juga yang memuji tindakan yang dilakukan Polis berkenaan agar dapat menjadi pengajaran buat pelajar-pelajar tersebut.

“Ni waktu meraikan kemerdekaan, macam la hangpa tak penah dulu dulu camni,” tulis seorang pengguna Facebook.

“Kejar nak amik no plat je… tunggu ler seminggu lagi sampai ler surat dari PDRM,” tulis seorang pengguna TikTok.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami 'prank' isteri kena kecam
4 bulan lalu

“Ingat Lawak Ke?” - Suami Buat ‘Prank’ Curang Dengan Perempuan Lain Masa ‘Birthday’ Isteri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...