Boleh dikatakan trend melakukan prank dikalangan masyarakat seluruh dunia sekarang ini sudah semakin berleluasa semata-mata untuk mengenakan orang ataupun konten media sosial.
Seperti yang terjadi baru-baru ini, seorang suami telah dikecam oleh netizen kerana membuat prank kepada isterinya.
Pada awal video tersebut, kelihatan seorang wanita datang ‘serang’ si isteri memberitahu si suami telah curang dan mahu memulangkan segala barang-barang yang ada.
Biarpun ‘diserang’, si isteri tetap tenang mengawal situasi yang telah berlaku, malah menjemput wanita tersebut untuk masuk ke rumah supaya tidak membuat kecoh.
Oleh kerana tenang mengawal situasi yang ‘tegang’ itu, ramai memuji si isteri serta kagum dengan cara dia mengawal keadaan.
Walau bagaimanapun, niat si suami membuat prank kepada si isteri hanya mahu membuat kejutan demi menyambut ulang tahun kelahirannya.
Meninjau di ruangan komen, ramai netizen yang mengecam si suami kerana merasakan prank yang dilakukan ini melebihi batasan serta berasa kesian terhadap si isteri.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.
Anonymous
March 17, 2022 at 11:18 am
So cute prank camni.
Anonymous
March 16, 2022 at 5:10 pm
Errr.. sempat pula wife dia pakai tudung elok2, pakai mask earloop tu x senget2.. kalau aku courier dtg nk anto barang, tudung tu sarung mana hujung mana pangkal pun xtau dah…
Anonymous
March 16, 2022 at 6:45 pm
aku pun pikir sama, mcm dh ready je siap sarung tudung bagai.
kak, kalau hasben ko muka huduh tu curang, ko sedekah je laa kt scandal dia
muka mcm selipar haus pun ada hati nk curang
LOYA WEIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!