Pelakon Nur Fazura sememangnya dikenali sebagai seorang yang mesra dan rajin melayan peminat ketika berada di luar.
Baru-baru ini, pelakon itu meraih perhatian dan pujian kerana rajin melayan keluarga mentuanya di sebuah butik pakaian.
Difahamkan, Fazura bersama suami, pelakon Fattah Amin berada di situ bagi tujuan menyantuni ibu mentua dan keluarganya membeli baju raya.
Terlihat mesra, Fazura dilihat sangat mesra dan tidak kekok ketika bersama keluarga suaminya itu.
Ia sekaligus mengundang pujian daripada netizen terutamanya peminat Fazura yang merasakan pelakon Gol & Gincu ini ikhlas dan tidak berpura-pura ketika bersama keluarga belah suaminya iaitu Fattah Amin.
Kata netizen lagi, Fattah juga bertuah kerana memiliki pasangan hidup seperti Fazura kerana ikhlas menerima dan melayan keluarga mentua seperti keluarganya sendiri, sekaligus boleh dijadikan contoh buat para isteri di luar sana.