“Dia Yang Hilangkan Waktu Lahirkan Aurora” – Cincin Kahwin Tercicir, Farid Kamil Ganti 6 Bentuk Cincin Baharu

Hiburan

“Dia Yang Hilangkan Waktu Lahirkan Aurora” – Cincin Kahwin Tercicir, Farid Kamil Ganti 6 Bentuk Cincin Baharu

Pelakon Farid Kamil mendedahkan bahawa cincin perkahwinan milik Diana Danielle sebenarnya tercicir ketika melahirkan anak kedua mereka, Aurora.

Maklum Farid, Diana pada ketika itu sedang bersiap untuk melahirkan anak kedua mereka menggunakan kaedah water birth dan perlu menanggalkan segala perhiasan di badan.

Advertisement
farid kamil cincin 6Sumber : mStar  

Aurora dilahirkan menggunakan kaedah water birth, jadi semasa proses itu, Diana menanggalkan cincin tersebut dan meletakkan dalam beg. Tapi selepas bersalin dan nak balik, dia cari tapi tak jumpa.

Katanya lagi, cincin kahwin itu kemudian tidak dapat dijumpai dan disyaki telah tercicir sekaligus membuatkan Diana berasa sedih namun ditenangkan oleh Farid.

Dan untuk saya menghalang dia daripada terus bersedih dengan baby kita yang baru tu, saya pun cakap dekat dia takpe yang, cincin ni is not that important, we can buy.

Farid kemudian berjanji kepada Diana untuk membelikan sebentuk cincin yang baru bagi menjaga emosi isterinya yang baru sahaja melahirkan zuriat mereka.

Happiness during that moment tu yang sebenarnya kita tak boleh beli, tak sangka pula benda tu boleh jadi perkara besar.

Berikutan itu, Farid dilaporkan telah membeli 6 bentuk cincin yang baharu sebagai ganti dan usaha untuk mengambil hati isterinya itu kembali.

“Alhamdulillah, daripada hilang sebentuk cincin, saya dah ganti enam yang lain untuknya” ujarnya lagi.

Farid kamil diana danielle
1 year ago

"Saya Terkejut Lihat Dia Dengan Isteri.." - Farid Kamil Dedah Diana Danielle Pernah Halau Ibu Kandung Keluar Rumah Sekitar Tahun 2019

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar Online

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...