(VIDEO) Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Syak Isteri Remy Ishak Sedang Hamil – “Tak Sabar Nak Tengok Remy Junior!”

Hiburan

(VIDEO) Nampak ‘Baby Bump’, Netizen Syak Isteri Remy Ishak Sedang Hamil – “Tak Sabar Nak Tengok Remy Junior!”

Isteri kepada pelakon, Remy Ishak iaitu Ezza Yusof menjadi perhatian orang ramai selepas memuat naik sebuah video memaparkan dirinya menggayakan koleksi beg tangan dan kasut.

Namun, apa yang menjadi perhatian ialah apabil orang ramai mendapati terdapat perubahan pada bahagian perut wanita itu.

Advertisement

Menerusi video tersebut, netizen mengatakan bahawa mereka ternampak ‘baby bump’ sekaligus mendakwa isteri kepada pelakon filem Pulang itu kini sedang berbadan dua.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah mendapat 242.1K tontonan dan 4.3K tanda suka di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja dengan mengucapkan tahniah dan berharap Ezza benar-benar hamil.

Bagaimanapun, sehingga kini Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Bin Ishak masih belum mengesahkan berita tentang kehamilan isterinya.

Info tambahan, Remy dan Ezza selamat mendirikan rumah tangga pada 21 Ogos 2021 di Masjid Negara, Kuala Lumpur.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

Imej 'Lelaki Baik' Tercalar Gara-Gara Filem Pulau, Alif Satar Tak Kisah Dikritik - "Saya Rasa 'Balance'"

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...