Imej ‘Lelaki Baik’ Tercalar Gara-Gara Filem Pulau, Alif Satar Tak Kisah Dikritik – “Saya Rasa ‘Balance'”

Hiburan

Imej ‘Lelaki Baik’ Tercalar Gara-Gara Filem Pulau, Alif Satar Tak Kisah Dikritik – “Saya Rasa ‘Balance'”

Pelakon, penyanyi dan pengacara, Alif Satar menerima kritikan dan kecaman yang diberikan oleh netizen mengenai pembabitannya dalam filem kontroversi, Pulau.

Mana tidaknya, pelakon berusia 32 tahun itu terkenal dengan imej ‘lelaki baik’ dalam kalangan peminat dan ramai yang seolah-oleh kecewa dengan tindakan Alif menerima tawaran berlakon dalam filem tersebut.

Advertisement

Tampil memberi penjelasan, Alif berkata dia mempunyai pendirian dan akan tetap dengan pendiriannya untuk menjaga batasan tertentu dalam lakonan.

Menurutnya lagi, sebagai pelakon dia sudah menjalankan tanggungjawabnya dengan menjaga batasan dari segi aspek berpakaian di dalam filem itu.

Waktu babak nak terjun dalam laut, sayalah yang paling overdressed sekali. Itu bukan bermaksud saya nak tunjuk yang saya baik, tetapi memang itulah diri saya.

Dalam pada itu, Alif meluahkan rasa segan apabila dia sering dipuji dan kadang-kala lebih selesa menerima komen negatif daripada orang ramai kerana menganggap dirinya hanya manusia biasa yang lakukan kesilapan.

Kadang-kadang saya segan bila orang selalu puji saya melambung. Saya jadi takut. Sebab itu, kadang-kadang bila ada orang kecam saya boleh terima. Saya rasa ‘balance’.

Saya bukanlah orang yang alim. Bila orang kata, saya suami mithali, saya takut sebenarnya. Mungkin kita ni nampak baik, tetapi sebenarnya Tuhan lindung aib kita.

Info tambahan, filem Pulau bakal ditayangkan di 124 buah pawagam di seluruh negeri kecuali Terengganu bermula 9 Mac 2023.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Oja GV7 Dikritik Biar Anak Berjalan Tanpa Pakaian Dalam 'Mall' - "Post Online, Pedofilia Memerhati..."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...