Oja GV7 Dikritik Biar Anak Berjalan Tanpa Pakaian Dalam ‘Mall’ – “Post Online, Pedofilia Memerhati…”

Hiburan

Oja GV7 Dikritik Biar Anak Berjalan Tanpa Pakaian Dalam ‘Mall’ – “Post Online, Pedofilia Memerhati…”

Penyanyi era 90-an yang juga finalis Gegar Vaganza 7, Oja mengundang pelbagai reaksi daripada netizen selepas dia memuat naik video di TikTok.

Menerusi video tersebut, Oja atau nama sebenarnya, Daninas Huza Daud menunjukkan rakaman ketika anak lelakinya, Umar sedang berjalan di sebuah pusat beli belah.

Advertisement

Namun, apa yang menjadi bualan adalah anaknya itu tidak dipakaikan sebarang pakaian dan hanya lampin pakai buang ketika berjalan di situ.

Perkongsian Oja itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen gara-gara tindakannya membiarkan sahaja anaknya berjalan di dalam mall tanpa pakaian.

Meskipun ada yang rasa terhibur dengan telatah anaknya itu namun ramai yang menegur kerana ia boleh mengundang pedofilia yang suka melihat kanak-kanak apatah lagi separuh bogel begitu.

Ada yang mengingatkan ibu bapa lain untuk sentiasa bersedia dengan pakaian lebih anak-anak jika mahu keluar berjalan-jalan terutamanya jika tempoh yang lama.

Dalam pada itu, segelintir individu menegur netizen untuk tidak terus judge ibu bapa yang berbuat begini dan Oja sendiri telah memaklumkan bahawa situasi di dalam video itu hanya berlaku dalam tempoh 5 minit sahaja.

Anak berak dalam seluar, kena baju, waktu ni sedang menuju kedai depan tu terus beli baju baru. Spare takde sebab tak plan ke sini.”

Biasalah anak kecil bermacam-macam perkara boleh berlaku yang memerlukan mereka menukar pakaian seperti termuntah, terjatuh atau tertumpah makanan sehingga mengotorkan baju atau seluar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Bapak Yang Bang*ng, Salahkan Kerajaan" - Bunga Api Meletup Di Tangan Anak, Netizen Kecam 'Parents' Lalai

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...