Syawal yang akan tiba pastinya akan disambut dengan meriah dipenuhi gelak tawa bersama ahli keluarga kerana hari istimewa itu merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam.
Akan tetapi bukan semua orang yang bertuah dapat menyambut hari tersebut bersama orang tersayang. Mengikuti perkongsian oleh pengguna TikTok yang dikenali sebagai Fitrin Ruslee, dia menunjukkan salah seorang ‘client’nya yang datang ke studio pengambaran pada tahun ini tanpa isterinya.
Menurutnya, arwah isteri dan juga lelaki itu merupakan bekas clientnya dan hajat arwah hendak bergambar bersama satu ahli keluarga tidak kesampaian kerana meninggal dunia akibat covid dan kanser.
Suasana itu menyebabkan studio itu diselumbungi perasaan sebak, dan ahli keluarga itu juga memenuhi kehendak arwah yang ingin melakukan ‘photoshoot’ dalam baju serba kuning lembut.
Beralih ke ruangan komen, ramai yang menyatakan perasaan sedih mengenangkan nasib si suami yang perlu menyambut hari raya tanpa orang tersayang di sisi dan mendoakan agar arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.