“Kamu Mati, Aku Parti” – Wanita Berjoget Di Sisi Suami Terlantar Sakit Tapi Netizen ‘Support’ Sebab…

Kehidupan

“Kamu Mati, Aku Parti” – Wanita Berjoget Di Sisi Suami Terlantar Sakit Tapi Netizen ‘Support’ Sebab…

Tular sebuah video menunjukkan seorang wanita asyik menari ketika suaminya sedang terlantar sakit di katil hospital.

Menerusi rakaman itu, wanita berbaju hitam tersebut dilihat menari keriangan mengikut rentak muzik sewaktu suaminya terbaring di sisi.

Advertisement

Tindakannya itu mendapat perhatian dan mengundang kritikan ramai netizen kerana dikatakan tidak berhati perut apatah lagi wanita itu ada berkata,

Kamu mati, aku parti.”

Namun, menurut laporan selepas siasatan dilakukan rupanya dia melakukan perkara itu selepas mendapat tahu dirinya dicurangi.

Difahamkan, perkahwinannya selama 13 tahun bersama lelaki itu musnah gara-gara kehadiran orang ketiga.

Meskipun marah dengan suami yang curang, wanita itu bagaimanapun tetap menjaganya yang sedang sakit. Namun ketika lelaki itu tidur, dia bertindak membuat rakaman dirinya berjoget santai.

Selepas mendapat tahu kebenaran itu, pelbagai reaksi diberikan oleh orang ramai di mana ada yang tetap menganggap dia tidak patut berbuat sedemikian.

Bagaimanapun, agak ramai juga yang memahaminya dan seolah-olah menyokong tindakannya berbuat sedemikian selepas dicurangi.

Baik sangat kak masih mahu jaga. Kalau saya lihat mukanya saja pun tak mahu.”

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Lelaki sengaja biar isteri berlapar
8 bulan lalu

"Sebab Tu Kena Memilih Sebelum Kahwin!" - Suami Sengaja Tak Bagi Makan, Nak Didik Isteri Hidup Susah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...