Viral di media sosial TikTok baru-baru ini apabila seorang wanita yang juga pengusaha kedai makan telah bertindak membaling botol kaca kepada penghantar makanan gara-gara ditanyakan mengenai pesanannya yang ditunggu selama satu jam.
Pertelingkahan itu tercetus gara-gara ‘rider’ berkenaan mendesak wanita itu di saat kedai dipenuhi pelanggan yang ingin makan dan menunggu pesanan.
Mungkin sudah tidak tahan didesak, wanita itu membaling botol kaca ke arah rider itu, dan mujurlah sempat dielak.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berpendapat bahawa ‘rider’ berkenaan tidak salah kerana masa menunggu yang terlalu lama ketika menunggu pesanan makanan siap dibungkus untuk dihantar ke pelanggan.
Berniaga apa sampai kena tunggu 50 minit. – netizen
Namun begitu, ada juga yang merasakan wanita tersebut bertindak melampaui batas meskipun berasa geram kerana jika tersilap langkah, mungkin akan mendatangkan kecederaan kepada orang lain.
Sabar ya…
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.