“Harap Tiada Lagi Drama Skandal” – Pakar Saham Kahwini Pelajar Di Thailand, Bekas Isteri Buat Ucapan ‘Khas’

Kehidupan

“Harap Tiada Lagi Drama Skandal” – Pakar Saham Kahwini Pelajar Di Thailand, Bekas Isteri Buat Ucapan ‘Khas’

Tular di media sosial baru-baru ini apabila pakar saham yang suaranya sering berkumandang di corong-corong radio telah bernikah dengan pelajarnya sendiri yang berusia 25 tahun di Thailand.

Pakar saham yang terkenal dengan tagline ‘Tak Handsome Tak Apa Janji Kaya’ itu difahamkan telah bernikah kali kedua selepas bercerai dengan isteri pertama.

Advertisement

pakar saham DDNK

 

Namun begitu, perhatian netizen lebih tertumpu pada seorang individu dipercayai bekas isteri pakar saham tersebut yang dikenali sebagai Atielia apabila dia dilihat ada memuat naik satu hantaran status ucapan buat bekas suaminya itu.

Facebook

Dalam hantaran tersebut, Atielia turut menulis bahawa dia telah mengenali pakar saham tersebut selama 22 tahun dan mendoakan agar perkahwinan yang berlangsung di Thailand itu berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Harap tiada lagi drama-drama skandal lain dalam perkahwinan yang baru ini. Amiin.

Dalam hantaran yang lain, Atielia juga mempersoalkan tempat pernikahan bekas suaminya itu yang bernikah di hotel dan kebenaran untuk bernikah juga telah diluluskan sedangkan sijil cerai pun masih belum lagi diberikan oleh pejabat agama kepada dirinya.

bekas isteri pakar saham ddnk

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen mendoakan agar wanita itu terus tabah dan ada juga yang meminta agar dia menuntut nafkah yang sepatutnya dituntut daripada bekas suaminya itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Forexf flex
3 bulan lalu

(VIDEO) "Jam Saja Dah RM1.5 Juta..." - Lelaki Ini 'Flex' Outfit Bernilai RM1.63 Juta Buat Netizen Teruja, Siap Tag LHDN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. mmglakinyatakhensemdapatbinipunburuk

    September 17, 2022 at 4:01 pm

    ingatkan lawa la bini baru..tgk kat video…ewwww! buruk!

  2. Anonymous

    September 15, 2022 at 7:45 am

    ni sejenis aura 19 jgk ni, x lama mana peginya

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...