Baru-baru ini, pempengaruh View Chin ada memuat naik video memaparkan sketsa ‘isteri mimpi suami curang’ bersama, Mira di atas katil.
Dapat dilihat dalam video tersebut, Mira seolah-olah bermimpi View Chin sedang berlaku curang terhadapnya dengan wanita lain dan disebabkan itu, Mira merajuk dan marah pada View Chin.
View this post on Instagram
Video tersebut telah meraih perhatian ramai dan rata-ratanya mempersoalkan hubungan dan status kedua-dua individu tersebut kerana berani memuat naik konten tidur sekatil.
Malah, ramai yang menggesa mereka untuk membuat pengumuman secara rasmi agar tidak timbulnya fitnah.