Ramai diantara kita yang kadang-kala terlalu sibuk bekerja sehingga tidak terlarat untuk mengemas dan memguruskan rumah sehingga terpaksa mengambil pembantu atau Maid.
Tanpa kita sedar, sebenarnya pembantu rumah atau orang gaji ini, mereka telah banyak membantu kita meringankan kerja-kerja rumah.
Namun, tidak semua majikan yang menghargai penat lelah pembantu rumah dalam menguruskan rumah, malah mereka dilayan seperti kuli oleh sesetengah majikan.
Sama sepeti hantaran yang tular di laman Instagram baru-baru ini, dimana seorang majikan telah menyenaraikan 12 peraturan yang perlu diikuti oleh pembantu rumahnya.
Saya ambil masa 45min untuk tulis semua rules & regulations dan pembantu rumah punya to-do-list ni.
Antara 12 peraturan yang dikenakan adalah:
- Tidak boleh menggunakan telefon sewaktu bekerja melainkan majikan yang hubungi.
- Jangan buka pintu untuk orang yang tidak dikenali.
- Jangan keluar rumah tanpa izin.
- Pastikan rumah sentiasa bersih.
- Mandi selepas memasak, selesai buat kerja rumah, dan sebelum tidur. Dua kali sehari.
- Hanya guna telefon pada waktu malam bila anak-anak sudah tidur (sejam sahaja).
- Jangan kunci pintu bilik.
- Jangan bazirkan elektrik dan air.
- Tidur paling lewat 9.30 ke 10 malam dan kena bangun pukul 7 pagi.
- Kekalkan kebersihan diri.
- Hanya duduk di kawasan yang ada kamera bila majikan tidak ada di rumah kecuali mandi dan buat kerja rumah.
- Jangan buka aircond tanpa izin.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai telah mengecam tindakan dan peraturan yang dikenakan oleh majikan tersebut yang disifatkan keterlaluan.
Modern day slavery. – Netizen.
“Pembantu rumah hanya tolong awak bukan kuli awak,” tulis seorang warganet.
“Kalau saya jadi pembantu awak, saya padam je board tu dan berhenti kerja,” tulis seorang pengguna Instagram.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.