(VIDEO) “Menyusahkan Orang!” – Semata Beri Laluan Pada ‘VIP’, Dua Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan

Berita

(VIDEO) “Menyusahkan Orang!” – Semata Beri Laluan Pada ‘VIP’, Dua Kenderaan Terlibat Dalam Kemalangan

Semalam, tular di platform media sosial satu video yang memaparkan dua kenderaan terlibat dalam kemalangan dipercayai kerana memberi laluan kepada kereta ‘orang ternama’.

Menerusi video berdurasi beberapa saat yang dimuat naik di Twitter itu, kelihatan satu kereta Perodua Kelisa telah melanggar belakang kereta Proton Wira yang dipercayai berhenti secara mengejut kerana perlu memberi laluan kepada kereta milik VIP.

Advertisement

Dalam video terbabit juga, jelas kelihatan kereta yang dimiliki ‘orang ternama’ itu melalui kawasan kejadian bersama-sama dengan pengiringnya sekali.

Oleh kerana video terbabit sudah tular, ramai warganet yang meluahkan rasa geram melihat ‘orang ternama’ itu langsung tidak mengambil endah terhadap kemalangan yang berlaku di hadapan mereka.

komen TwitterSumber : Twitter  

2 years ago

"Nak Elak Kemalangan"- Konvoi PM Ke Hulu Langat Berhentikan Ambulans, Ini Jawapan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...