“Nak Elak Kemalangan”- Konvoi PM Ke Hulu Langat Berhentikan Ambulans, Ini Jawapan Polis

Berita

“Nak Elak Kemalangan”- Konvoi PM Ke Hulu Langat Berhentikan Ambulans, Ini Jawapan Polis

Tersebar sebuah rakaman video menunjukkan sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Persatuan Bulan Sabit Merah dan ambulans diarahkan berhenti bagi memberi laluan kepada konvoi diiringi polis trafik.

Situasi itu menerima reaksi kurang senang netizen yang mengkritik kerana VIP tersebut seakan-akan lebih penting daripada kenderaan kecemasan.

Advertisement

 

Rombongan Perdana Menteri mahu tinjau mangsa banjir

Selepas timbul dakwaan dan spekulasi, , Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shariat dilaporkan telah memberikan kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

Difahamkan, situasi itu berlaku pada 11.30 pagi semalam membabitkan rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menuju ke Masjid Al-Mustaqqim, Batu 16 Hulu Langat untuk meninjau keadaan mangsa banjir.

Katanya, anggota yang bertugas di persimpangan tersebut ketika itu telah pun membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan terbabit untuk tempoh masa yang singkat.

Jarak pendahulu konvoi (lead vehicle) tiba hampir ke persimpangan berkenaan, tindakan mengatasi trafik tersebut selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No. 9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.”

 

Mahu elak kemalangan

Katanya lagi, sekiranya dua kenderaan tersebut diberikan keutamaan, ia akan mewujudkan risiko kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya.

Oleh itu, konvoi yang berada di jalan utama telah diberikan keutamaan laluan bagi mengelak kemalangan selain mengambil kira penilaian awal yang sudah dilaksanakan oleh anggota trafik berkenaan.”

Baca: “Kalau Setakat Cedok Macam Tu, Baik Kaut Nasi Dekat Rumah” – PM Ismail Sabri Pula Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

4 Comments

  1. Anonymous

    January 12, 2022 at 11:01 am

    Poyo nak mampos

  2. terkomen

    December 30, 2021 at 10:51 am

    elelelelelelelele….

  3. vip 1st, netizen's live later.

    December 29, 2021 at 6:47 am

    ? penilaian awal hanya berdasarkan status VIP ‘PM vs nyawa netizen biasa dalam ambulance’.. sebelum nilai tu polis2 terlibat ada tengok ke yg dalam ambulance tu nyawa stabil atau x.

  4. anonymous

    December 27, 2021 at 6:49 pm

    konon konon lah tu

Loading...