Semalam, tular di platform media sosial satu video yang memaparkan dua kenderaan terlibat dalam kemalangan dipercayai kerana memberi laluan kepada kereta ‘orang ternama’.
Menerusi video berdurasi beberapa saat yang dimuat naik di Twitter itu, kelihatan satu kereta Perodua Kelisa telah melanggar belakang kereta Proton Wira yang dipercayai berhenti secara mengejut kerana perlu memberi laluan kepada kereta milik VIP.
Menyusahkan orang awam..!! Siapa VVIP ni? pic.twitter.com/t428VUl5P0
— Jalal Misai Akaun Baru (@jllmisai) February 4, 2022
Dalam video terbabit juga, jelas kelihatan kereta yang dimiliki ‘orang ternama’ itu melalui kawasan kejadian bersama-sama dengan pengiringnya sekali.
Oleh kerana video terbabit sudah tular, ramai warganet yang meluahkan rasa geram melihat ‘orang ternama’ itu langsung tidak mengambil endah terhadap kemalangan yang berlaku di hadapan mereka.