Pelakon kecil molek, Ruhainies baru-baru ini ada memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya bersama kakak, pelakon Risteena sedang berjalan-jalan di suatu tempat.
Tampil ceria kedua-duanya, Ruhainies dan Risteena sememangnya dikenali dengan keakraban mereka sebagai kakak dan adik.
Dalam video tersebut, kedua-dua pelakon ini tampil cantik mengenak dress hitam dan berkasut tinggi, sama padan dan sedondon.
Ruhainies turut menulis kapsyen bahawa kakaknya, Risteena adalah kawan baik untuk dirinya.
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dan tidak kurang juga yang bimbang kerana kedua-duanya memakai kasut yang cukup tinggi.
Macam mana awak semua boleh pakai kasut tumit tinggi macam tu. Tinggi gila kot!
Kasut tu mengancam betul lah!
Tajam betul mata netizen. Tapi dah biasa kot pakai macam tu…
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.