Penampilan aktres jelita, Ummi Nazeera bersama abangnya, Datuk Nazreem Musa di Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW2022) baru-baru ini telah mencuri perhatian peminat di media sosial.
Kedua-duanya dilihat telah hadir bagi memberikan sokongan kepada pereka fesyen Kit Woo dan tampil segak bergaya dia acara fesyen tahunan yang berlangsung di Pavilion, Kuala Lumpur itu.
View this post on Instagram
Foto-foto ketika berada di acara tersebut turut dimuat naik Ummi Nazeera di laman Instagram untuk tatapan peminatnya.
Dalam hantaran tersebut, Ummi mengenakan busana jaket ‘oversized’ berona hitam dan bercermin mata manakala Nazreem pula memakai sut bertali berwarna lembut biru dan putih.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji penampilan dua beradik itu yang dianggap sentiasa mengikuti perkembangan fesyen semasa.
Kata netizen, seseorang yang berhijab tidak semestinya tidak boleh berfesyen dan Ummi Nazeera boleh dijadikan ikon fesyen buat mereka yang menutup aurat di luar sana.
Terbaik! Berhijab tak semestinya tak boleh berfesyen. – netizen
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Anonymous
August 22, 2022 at 10:00 am
ummi nazeera bersama kakak.. more appropriate.
Anonymous
August 22, 2022 at 8:53 am
nowadays most of fashion piece function as unisex. anyone can wear it. cuba tengok celine men’s fashion week. women jacket & handbag men can wear it also
anonymous
August 20, 2022 at 3:38 pm
sori tak nmpak internasional pun abng tu sejenis keliru ye .pilih satu kau nak jadik girl or boy