(VIDEO) “Dah Pakai Tudung, Jangan Normalkan Untuk Buka Balik” – Ummi Nazeera Nasihat Rakan Artis

Hiburan

(VIDEO) “Dah Pakai Tudung, Jangan Normalkan Untuk Buka Balik” – Ummi Nazeera Nasihat Rakan Artis

Baru-baru ini, tular satu video di platform TikTok memaparkan pelakon Ummi Nazeera memberi pandangannya mengenai isu rakan selebriti yang dahulu berhijab tetapi membuka keputusan untuk membuka semula.

Melalui pandangan yang diluahkan oleh Ummi, hal seperti itu sepatutnya tidak patut di normalisasikan di kalangan kaum wanita yang beragama Islam.

Advertisement

Mengambil iktibar dari kejadian yang terjadi, pelakon drama Risik Pada Hati itu sentiasa berdoa dan meminta agar orang sekeliling sentiasa mendoakan dia untuk kekal berhijab hingga ke pengakhirannya.

Dalam pada itu, dia turut memberi nasihat bahawa jika sudah berhijab, maka jangan merasakan membuka tudung itu sesuatu perkara yang tidak salah kerana Ummi turut perasan ramai wanita zaman kini membuat sedemikian, seakan-akan ia satu ‘penyakit’.

komen netizen

komen netizen

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen setuju dengan apa yang diperkatakan oleh pelakon wanita terbabit dan sangat menyukai dengan caranya bercakap dengan penuh lemah-lembut ketika memberi nasihat.

Tidak lupa juga, di akhir pandangannya itu, Ummi memberi nasihat kepada wanita di luar sana untuk cari semula Allah S.W.T seandainya mempunyai niat untuk membuka tudung kerana itulah kelebihan seorang manusia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Terbonjol Tet*k" - 'Catwalk' Di Kedah Fashion Week, Netizen Kata Che Ta Pakai 'Fesyen Bawa Ke Neraka'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...