“Terbonjol Tet*k” – ‘Catwalk’ Di Kedah Fashion Week, Netizen Kata Che Ta Pakai ‘Fesyen Bawa Ke Neraka’

Hiburan

“Terbonjol Tet*k” – ‘Catwalk’ Di Kedah Fashion Week, Netizen Kata Che Ta Pakai ‘Fesyen Bawa Ke Neraka’

Pada setiap acara fesyen berprestij, sudah semestinya pakaian yang digayakan selebriti mahu pun personaliti popular akan mendapat perhatian.

Kehadiran mereka ini akan menjadi tumpuan ramai apatah lagi jika ia diadakan di tempat awam dan terbuka seperti pusat membeli belah.

Advertisement

Penampilan selebriti popular, Rozita Che Wan atau mesra digelar Che Ta pada Kedah Fashion Week 2022 baru-baru ini mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

netizen pertikai sekolah anak Che Ta
6 bulan lalu

"Dia Sekolah International Lah, Tengah Summer Break" - Netizen Pertikai Sekolah Aaisyah, Che Ta Bersuara

Mengenakan persalinan serba putih, Che Ta mendapat perhatian selepas hadir ke acara itu yang diadakan di Aman Central pada 5 hingga 7 Ogos lalu.

 

Rakaman pendek menunjukkan gelagat dan ‘catwalk’ Che Ta ketika acara itu dimuat naik di Facebook Nona namun segelintir pihak dilihat berasa kurang senang.

Menerusi video itu, ada individu yang memberikan komen tentang aurat dan menegur Che Ta dengan bahasa ‘double meaning’.

Kata individu itu, seharusnya Che Ta menutup aurat dengan lebih sempurna memandangkan sudah lama dia berhijab.

Tetap jual nasi lemak jugak.”

Sementara itu, seorang lagi individu turut komen tentang hal yang sama dan berkata meskipun nampak muslimah tetapi hakikatnya tetap mendedahkan aurat.

Selain itu, ramai memuji kecantikan Che Ta walaupun sudah berusia. Sesetengah netizen berkata mereka mengimpikan awet muda sepertinya namun sedar semuanya memerlukan wang yang banyak.

“Dia tua cara berduit, kita tua cara tak berapa nak berduit”, seloroh seorang wanita.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Facebook

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...

3 Comments

  1. Anonymous

    August 10, 2022 at 12:49 pm

    fesyen apa ke ni? pakai cap & veil

    • tecit

      August 12, 2022 at 10:12 am

      tu inspired by kylie jenner met gala 2022. modern bride vibe. aku rase la netizen2 yg dok tegur2 aurat org ni semua dah cukup baik ke ek? menutup aurat tu satu journey. perjalanan. faham. xsemua org punye journey same. bab tutup aurat ni aku rse kite sesame manusia xlayak pon nak tegur. cukup dgn tutup mate jgn bersubahat / bersekongkol sudah la. kau xpyh la nk kecam2 org buli2 org dgn bg komen mcm kau masuk syurga dah kot. tu semua rahsia Allah. kau pehal nk label2 org. kau tau ke kot2 nt die dpt husnul khotimah (pengakhiran yg baik2) sekali kau rupenye yg dpt pengakhiran xbaik? kau tau ke? rest your bitchy komen about other people’s journey of aurat ok.

    • tecit

      August 12, 2022 at 10:19 am

      sambung:

      die dpt body cantik. tu semua ujian utk die. Allah nk tgk samada nt die akan kembali x pd Allah. kite ni iman senipis bawang. so kejap up n down. yg menjadikan kite ni dapat redha Allah bukan perjalanan. tp pengakhiran yg baik.

      xkan korg xpnh dgr cerita psl kisah seorang ahli ibadah (abid) dan seorang pembunuh. org abid tu sepanjang hidup keje beribadat sahaje. pembunuh tu keje membunuh je sepanjang hayat die. tiba2 si ahli abid tu terdetik dlm hati die “aku ni asyik beribadat je teringin la nk buat jahat skali” on the way die nk g buat jahat tu.. die meninggal.. cube teka die pegi mane syurga ke neraka?

      neraka.. sebab itu pengakhiran die. dihujung2 hidup die niat nk buat jahat.

      si pembunuh tu plak tibe2 terdetik dlm hati die “eh aku ni asyik laa buat jahat. aku nk g buat baik la..” on the way die nk g buat baik tu die meninggal.. xsempat pon die nk buat baik tu. tp Allah bg die syurga.. sebab? itu pengakhiran hidup die..

      itu la name die husnul khotimah. kite kene niat supaya kte dpt pengakhiran yg baik2. tp perjalanan kite nk ke sane tu sungguh byk ujian dan duri2nye. yg cantik ujian dgn rase nk bukak aurat. yg miskin ujian mencuri. setiap journey ade ujian2 die.

      jd tlg laa. rentikan la nasihat org mcm kite ni kompom masuk syurga. doa yg baik2 utk die dan utk kite je cukup laaa wahai nitijennnn yg bongkakkkk. mcm die tu tutup aurat sempurna sangatttt. geram aku.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini